Orang yang menerima wahyu daripada Allah dipanggil Nabi tetapi hanya untuk dirinya sahaja. Kalau ada yang amik benefit dari tingkah nabi tu berbahagialah dia. Nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu yang diterima menurut syariat kepada manusia lain pada zamannya ataupun pada zaman selepasnya akan digelar Rasul Allah (pesuruh atau utusan Allah). Oleh itu rasul merupakan nabi tetapi belum tentu nabi itu rasul. Menurut Al Quran, terdapat seramai 25 orang rasul manakala dalam satu hadith riwayat pertanyaan Abu Dzar kepada Nabi Muhammad terdapat seramai 124,000 orang nabi. Hmm.. apakah Socrates, Plato, Gautama Buddha itu ada yg mengatakan nabi. Tak tahulah. Hee..Hee coz diorang ni tak pernah claim .. sebagaimana "Self Claimed Nabi".
Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang rasul yang telah Kami ceritakan mereka kepada mu dahulu sebelum ini, dan rasul rasul yang tidak Kami ceritakan mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata kata kepada Nabi Musa dengan kata kata ( yang secara langsung , tidak ada perantaraan)
An Nisa : 164
Rasul diutuskan kepada kaum yang telah menyimpang jauh dari landasan peri kemanusiaan (jahiliah) dan dari membenarkan ke esaan Allah. Para rasul adalah petugas dari Allah untuk memperkenalkan Allah dan menyampaikan segala hukum dan undang undang Allah yang wajib dipatuhi. Untuk mengukuhkan lagi penyampaian rasul rasul Allah, mereka telah dikurniakan dengan mukjizat. Mukjizat itu adalah perkara perkara luar biasa yang menakjubkan dapat dilakukan oleh rasul rasul yang melampaui akal fikiran manusia.

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan) Allah mengutuskan nabi nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang orang beriman dengan balasan syurga) dan pemberi amaran (kepada mereka yang ingkar dengan azab neraka) dan Allah menurunkan bersama sama nabi itu kitab suci yang mengandungi keterangan yang benar
Al Baqarah : 213
Hubungan seorang muslim dengan rasul rasul Allah endaklah didasarkan ke atas tabiat mereka itu yang selaras pula dengan tugas mereka itu. Oleh itu janganlah manusia melampaui batas sehingga membesarkan mereka ke taraf Tuhan atau anak Tuhan kerana rasul rasul itu sebenarnya golongan manusia juga yang dipili oleh Allah Ta’ala.
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya kitab (Agama) dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia (tergamak) mengatakan kepada orang ramai : “hendaklah kamu menjadi orang orang yang menyembahku dengan meninggalkan penyembahan Allah”
Al Imran : 79
Untuk itu kita tidak seharusnya mengangkat rasul rasul itu ketahap yang tidak ada pada mereka (tidak ketahap Tuhan) tetapi hendaklah kita memuliakan mereka kerana mereka itu adalah utusan yang dipilih oleh Allah yakni satu tugas yang suci tetapi sangat mencabar (tidak semua orang dapat melakukannya).
Rasul rasul mempunyai cabaran yang tak terhingga bagi menyampaikan risalah ketuhanan (misi tuhan). Menurut Mohamad Abduh .. nilai kedudukan mereka di antara bangsa bangsa tidak ubah seperti kedudukan akal terhadap setiap manusia. Mereka bertugas mengajar manusia untuk mengenal Tuhannya yang Esa dengan pengetahuan yang benar. Mereka bertugas mengajar mengenai Tauhid dan Syariat dengan melakukan ibadat mengikut garis panduan dari Allah untuk manusia membersihkan rohaniah mereka.
Tegasnya rasul rasul ditugaskan Allah untuk memimpin manusia supaya dapat menjadi khalifah di bumi ini untuk hidup dengan bahagianya berlandaskan sosial, ekonomi, politik dan sebagainya mengikut lunas lunas ISLAM.